Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Geran RM 2 juta di bawah Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya diperuntukkan Jabatan Tenaga Kerja

  • Published in Berita Semasa

KANGAR - Geran RM 2 juta  di bawah Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya diperuntukkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia setiap tahun.

Peruntukan dengan had maksimum RM 100 Ribu bagi membantu golongan OKU berniaga.

Sejak diperkenal 12 tahun lalu, geran bertujuan mentransformasi usahawan OKU agar mampu berdikari dan berdaya saing.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU di Kangar.

Lima usahawan OKU Perlis yang terlibat dalam perniagaan pastri, makanan dan bengkel motosikal menerima geran berjumlah lebih RM 168 ribu.