Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden salah faham membabitkan anak seorang ahli politik di Melaka

  • Published in Berita Semasa

 

MELAKA - Polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden salah faham membabitkan anak seorang ahli politik dari negeri itu serta anggota polis di Klebang baru-baru ini. 

Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, setakat ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut memandangkan siasatan masih dijalankan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perbarisan Dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Melaka dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka di Ayer Keroh.

Tular sebelum ini di media sosial, anak seorang ahli politik mendakwa diserang tanpa sebab oleh anggota polis ketika sekatan jalan raya.

Beberapa remaja lain mendakwa mereka juga dipukul sehingga menyebabkan kecederaan.

Polis turut mendakwa anggotanya mengalami kecederaan ringan akibat insiden berkenaan.