Wednesday, January 22, 2020

updated 4:09 AM UTC, Jan 22, 2020

Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan akan mengeluarkan notis semburan air kepada kuari yang aktif - Datuk Seri Aminuddin Harun

  • Published in Berita Semasa

N.SEMBILAN - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan akan mengeluarkan notis semburan air kepada kuari yang aktif bagi mengekang pencemaran habuk.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pemantauan juga dilakukan secara berkala jabatan itu.

Tindakan itu bagi mengurangkan kadar pencemaran udara ketika jerebu.

Beliau berkata demikian di Seremban. 

Orang ramai juga dilarang melakukan pembakaran terbuka termasuk membakar sampah di kawasan rumah dalam usaha mengawal jerebu.