Wednesday, September 18, 2019
updated 2:07 PM UTC, Sep 18, 2019

Kerajaan berusaha tangani kesan jerebu di negara ini - Tun Dr Mahathir

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA - Mesyuarat kabinet telah membincangkan usaha kerajaan dalam menangani kesan jerebu yang melanda negara ketika ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau memberitahu media selepas menghadiri majlis sambutan ulangtahun ke 35 Universiti Binary di Putrajaya.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia Siti Nurbaya yang mendakwa jerebu yang menyelubungi Malaysia berasal dari Sarawak, Perdana Menteri menyatakan ia sekadar pandangan beliau.

Selain Malaysia, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan turut menyebabkan jerebu di negara serantau seperti Singapura.