Saturday, 8 August 2020

updated 3:14 AM UTC, Aug 8, 2020

Tiada kes COVID-19 di daerah Iskandar Puteri seperti yang ditularkan

  • Published in Nasional

 

19 Feb,ISKANDAR PUTERI - Pengarah Jabatan Kesihatan Johor; Dr Aman Rabu menafikan khabar angin di media sosial kononnya terdapat kes COVID – 19 di daerah Iskandar Puteri.

Menurut beliau, pihak Jabatan Kesihatan Daerah ada menerima laporan mengenai kes disyaki COVID – 19 di sebuah kediaman di kawasan tersebut.

Namun, siasatan mendapati tiada kes seumpama berlaku.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan berita palsu mengenai wabak itu kerana dikhuatiri mencetuskan panik.

Penyebaran berita palsu merupakan kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998