Friday, October 18, 2019
updated 10:23 AM UTC, Oct 18, 2019

Kerajaan negeri Perak akan beri sumbangan khas sebanyak RM25,000 kepada Nour Shafinar Harun, balu Mejar Mohd Zahir Armaya

  • Published in Berita Semasa

 

PERAK - Kerajaan negeri Perak akan memberi sumbangan khas sebanyak RM25,000 kepada Nour Shafinar Harun, balu Mej Mohd Zahir Armaya.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan media mengumumkan meluluskan peruntukan berkenaan hari ini sebagai menghargai jasa dan pengorbanan Allahyarham Mohd Zahir dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Katanya biarpun sumbangan ini tidak dapat dibandingkan dengan kepiluan dan kesedihan yang sedang dilalui oleh Nour Shafinar, ia diharap sedikit-sebanyak membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham.

Kerajaan negeri juga katanya mendoakan semoga Nour Shafinar terus dikurniakan ketabahan dalam menghadapi saat-saat yang amat sukar itu.

Tambahnya, kerajaan negeri juga bersedia menghulurkan bantuan susulan bagi mengurangkan bebanan isteri Allahyarham dalam membesarkan anak-anak.