Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

Pindaan hukuman mati mandatori melibatkan kesalahan dadah sedang dikaji

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 18 Feb - Hukuman mati mandatori terhadap pesalah dadah tidak berkesan bagi memerangi isu dadah di negara ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pindaan kepada hukuman tersebut perlu dilakukan dan mencari jalan terbaik mengatasi isu jenayah itu.

Mengenai isu penagih dadah, Tun Dr Mahathir mahu masyarakat turut membantu proses pemulihan golongan itu dan tidak menganggap mereka sebagai penjenayah.