Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Program Genting Football Fever 2018 Bersama 3 Lagenda Bola Sepak Dunia

  • Published in Berita Semasa

Foto - Wartawan RTM Mohan

GENTING HIGHLANDS - Bersempena dengan berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Dunia Russia 2018, pihak pengurusan Resorts World Genting telah menganjurkan program Genting Football Fever 2018.

Program yang bakal menyediakan pelbagai aktiviti akan turut dihadiri oleh 3 lagenda bola sepak dunia, iaitu bekas pemain England. Michael Owen, Robbie Fowler dan Paul Scholes.

Mereka akan bersama-sama peminat menyaksikan perlawanan bola sepak pertama kumpulan A, iaitu tuan rumah, Rusia akan bertemu dengan Arab Saudi.

Foto - Wartawan RTM Mohan

Michael Owen dijangka akan berada di Resorts World Genting bermula hari ini sehingga 16 Jun manakala Paul Scholes dan Robbie Fowler akan berada di sini pada 13 Julai sehingga 15 Julai bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia.

Selain bertemu dengan legenda bola sepak berkenaan, Ahli Genting Rewards Card (GRC) juga berpeluang memenangi 10 pakej pelancongan ke Rusia, antaranya tiket penerbangan ke Moscow, penginapan 4 malam di hotel serta tiket menyaksikan majlis perasmian Piala Dunia dan sebuah kereta baharu Toyota C-HR.

Dan sudah tentunya malam ini bermula perlawanan pertama Piala Dunia 2018 dan anda boleh menyaksikan secara langsung di TV2 pada jam 11 malam ini. RTM juga akan membawakan kepada anda 28 perlawanan siaran langsung dan 13 siaran tertunda.

((RTM / TV – Wartawan Mohan))