Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Baik pulih 6 cerun sepanjang jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

  • Published in Berita Semasa

 

PERAK - Kerajaan negeri Perak sedang menjalankan kerja-kerja membaik pulih enam cerun yang runtuh di sepanjang jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands bagi membendung kejadian tidak diingini di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Peladangan negeri, Abdul Yunus Jamahri berkata, kerja-kerja baik pulih itu dilaksanakan Syarikat Pintas Utama Sdn Bhd (PUSB) melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM5.4 juta.

Projek baik pulih dijangka siap akhir tahun ini.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri mengambil maklum kebimbangan orang ramai berkaitan isu cerun runtuh di beberapa tempat di jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Buat masa ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil langkah-langkah keselamatan bagi membendung kejadian yang tidak diingini.

Orang ramai diminta berhati-hati apabila melalui kawasan terbabit terutama pada waktu malam.