Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Mayat pemancing kedua ditemui : Dilapor hilang Isnin lalu

  • Published in Berita Semasa

 

 

LABUAN - Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan, Kapten Che Adnan Md. Isa, mangsa Faruk Arina Ahmad Sabri, 29 tahun, dijumpai terapung di pesisir pantai oleh Pasukan Bomba Sukarela Kampung Punang bersama penduduk kampung pada jam 11 malam.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Kapten Che Adnan, operasi mencari dan menyelamat dipertingkat untuk mencari seorang lagi mangsa yang belum ditemui iaitu Mohd Amirul Bakar, 26 tahun.

Ini termasuk menambah sebuah pesawat Bombadier dan turut dibantu beberapa buah bot milik pihak Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta Angkatan Pertahanan Awam.

Semalam, mayat salah seorang rakan mereka, Yee Chon Tiong, 30 tahun, dijumpai terdampar di atas batu di perairan Sungai Labik.

Ketiga-tiga pemancing ini dilapor hilang selepas keluar memancing menggunakan bot di perairan Pulau Sari, Isnin lalu.