Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Tidak sempat tahu : Balu komando mengandung

  • Published in Berita Semasa

IPOH - Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah tidak sempat mengetahui isterinya hamil anak keempat mereka.

Menurut balu wira negara itu, Nour Shafina Harun, perkara itu hanya diketahuinya dua hari selepas pemergian arwah suaminya.

Nour yang ditemui pemberita di kediaman ibunya di Ipoh, sebelum itu menerima kunjungan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Tuanku Zara yang tiba pada jam 12.30 tengah hari berkenan meluangkan masa hampir 30 minit bertanya khabar keadaan keluarga ini.

Nour Shafinar berkata dia dan keluarga reda dengan pemergian arwah suaminya dan menganggap ia merupakan kemalangan ketika bertugas.