Wednesday, September 18, 2019
updated 2:07 PM UTC, Sep 18, 2019

3 lokasi di Johor dikenalpasti masih berlaku kes pembakaran hutan

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU - 3 lokasi di Johor dikenalpasti masih berlaku kes pembakaran hutan.

Ia melibatkan daerah Muar, Pontian dan Gelang Patajmh di Iskandar Puteri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri, Datuk Yahaya Madis bagaimanapun memaklumkan, kesemua lokasi tersebut masih lagi terkawal.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka berikutan cuaca panas yang boleh mnyebabkan kebakaran merebak menjadi lebih teruk.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Taklimat Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Johor.

Dalam Majlis tersebut seramai seratus anggota kanan jabatan itu berikrar untuk mengamalkan budaya bebas rasuah.

Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Johor, Datuk Norazlan Mohd Razali.