Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Ekonomi digital : Malaysia sedia kongsi maklumat dan pengalaman dengan negara luar

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Malaysia sedia kongsi maklumat dan pengalaman dengan kalangan negara luar yang berminat untuk mempelajari kepakaran negara dalam bidang ekonomi digital.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Suriani Ahmad yakin perkongsian itu dapat meningkatkan potensi sektor berkenaan, sekaligus mampu menjadi inspirasi negara lain.

Pertukaran komunikasi dan maklumat itu selaras dengan agenda dan hala tuju Program Maklumat Untuk Semua (IFAP) dan Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Kerja Mengenai Maklumat Bagi Pembangunan (IFDWG) di Ibu negara.

Sementara itu, Pengerusi UNESCO IFAP, Dorothy Gordon berpandangan dasar polisi yang disediakan kerajaan dalam aspek digital ekonomi dilihat sangat membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat ke arah lebih baik.

Katanya langkah itu membolehkan perkhidmatan jalur lebar yang lebih meluas dan menggalakkan persaingan.