Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan Letak Jawatan

  • Published in Berita Semasa
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin meletak jawatan masing masing.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan; peletakan jawatan itu telah diperkenan Yang Dipertuan Agong pada 8 Jun 2018 melalui surat Setiausaha Sulit Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara.

Terdahulu, Tun Raus dan Tan Sri Zulkefli telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang Dipertuan Agong pada 7 Jun lalu, dan peletakan jawatan akan berkuat pada 31 Julai 2018.

Sebelum itu kedua-duanya telah bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 15 Mei 2018 bagi menyampaikan hasrat tersebut.

Manakala Tun Raus Sharif memaklumkan peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada tarikh munasabah bagi membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan.

((RTM))