Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

66,258 Kariah Masjid, Guru Takmir Dan Guru Kafa Terima Bayaran Khas Raya

  • Published in Berita Semasa
Foto - Bernama

PUTRAJAYA – Seramai 66,258 kariah masjid, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di seluruh negara akan menerima Bayaran Khas Aidilfitri berjumlah RM400  yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun individu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata mereka terdiri daripada 12,500 imam, 8,650 bilal, 3,950 guru takmir, 8,394 Tok Siak/Norja/Merbot, serta 32,764 guru KAFA akan menerima bayaran khas itu.

Lim berkata bersempena Hari Raya Aidilfitri, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan agar anggota perkhidmatan masjid dapat menikmati bayaran khas Aidilfitri, seperti yang diterima oleh warga perkhidmatan awam kerajaan Persekutuan.

Semalam, Lim mengumumkan kerajaan meluluskan pemberian sumbangan khas Aidilfitri sebanyak RM400 itu.

​​​​​​​Beliau menjelaskan pembayaran itu tidak termasuk dalam pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) (dahulunya dikenali sebagai BR1M) yang dibayar secara berasingan.

((BERNAMA))