Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Larangan pembakaran terbuka di seluruh negara dikuatkuasakan serta merta susulan jerebu

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR  - Larangan pembakaran terbuka di seluruh negara dikuatkuasakan serta merta susulan jerebu.

Menurut Ketua Pengarah Alam Sekitar, Norlin Jaafar, larangan ini terpakai sehingga Monsun Barat Daya berakhir

Jika ingkar boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500 ribu atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kompaun maksimum dua ribu ringgit juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Bagaimanapun, jelasnya, larangan dikecualikan kepada pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, gril atau barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar.

Pemilik premis juga perlu memastikan premis kepunyaan mereka tidak dimasuki atau dicerobohi oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka.

Orang ramai diminta memberi kerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil serta membuat laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Alam Sekitar jika melihat sebarang aktiviti pembakaran terbuka