Wednesday, December 19, 2018
vital-top
updated 11:42 AM UTC, Oct 16, 2018

Harap Hari Raya Aidilfitri Disambut Sederhana Dengan Semangat Kekitaan

  • Published in Berita Semasa

 

 
KUALA LUMPUR - Seluruh umat Islam diharap meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh rasa gembira, sederhana dengan semangat kekitaan.

Harapan itu disuarakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Katanya, kemeriahan sambutan amat dirasai dengan adanya media sosial untuk berkongsi pelbagai aktiviti serta suasana menyambut hari lebaran.

Kementerian juga berusaha memastikan kemudahan jalur lebar dan capaian internet berada pada tahap yang lebih baik.

Beliau berkata demikian dalam ucapan khas Hari Raya Aidilfitri yang disiarkan di Facebook Jabatan Penerangan Malaysia.

((BERNAMA)