Sunday, December 16, 2018
vital-top
updated 11:42 AM UTC, Oct 16, 2018

Matlamat Wawasan 2020 Hanya Dapat Dicapai Menjelang Tahun 2025 - PM

  • Published in Berita Semasa

TOKYO - Matlamat wawasan 2020 hanya dapat dicapai menjelang tahun 2025 atau mungkin lebih awal lagi. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kelewatan itu berpunca daripada pelaksanaan dasar yang tidak sesuai dengan usaha mencapai aspirasi Wawasan 2020.

Dengan hanya 2 tahun lagi menjelang tahun 2020, beliau menyuarakan keraguan terhadap kemampuan Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi pada masa itu.

Beliau menyatakannya pada Persidangan Antarabangsa Ke 24 mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei, di Tokyo.


((BERNAMA))