Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Kes Kebocoran Data, SKMM Diminta Sedia Laporan

  • Published in Berita Semasa
Foto:BERNAMA

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (S-K-M-M),  perlu  menyiapkan laporan segera tentang dua kes kebocoran data maklumat melibatkan Astro dan Kementerian Pendidikan. 

Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, pihak kementerian juga diarah memantau setiap kes berkaitan yang tular di media sosial.

Katanya tindakan segera akan diambil selepas siasatan SKMM selesai.  Kementerian juga akan meneliti semula sama ada penambahbaikan sistem sedia ada perlu dilakukan.

Beliau bercakap kepada media selepas melawat Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, di Cyberjaya.

((RTM/RADIO-FAIRUZ))