Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Waktu Kerja Fleksibel Untuk Wanita Perlu Dilaksanakan - TPM

  • Published in Berita Semasa
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR - Waktu bekerja secara fleksibel bagi golongan wanita dalam bidang pekerjaan yang relevan perlu dilaksanakan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata ia bagi mengoptimumkan peranan dan sumbangan wanita dalam sektor pekerjaan di samping terus komited menyeimbangkan tanggungjawab mereka sebagai seorang isteri dan ibu.

Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pendekatan waktu bekerja fleksibel boleh dikaji secara lebih mendalam supaya kaedah itu diterima dengan baik dan terbuka dalam kalangan majikan.        

Berkenaan aspek pembangunan keluarga, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata beliau ingin mengetengahkan konsep keibubapaan dan kebersamaan antara ayah dan ibu kerana berpendapat peranan institusi keluarga sebenarnya digalas oleh bapa.

((BERNAMA))