Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Hormati Sensitiviti Sebelum Keluarkan Kenyataan Terbuka - TPM

  • Published in Berita Semasa
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan mana-mana individu supaya menghormati sensitiviti negara sebelum mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

Beliau berkata walaupun Malaysia mengamalkan konsep kebebasan bersuara, namun ada sesetengah perkara yang perlu ditapis demi memastikan keamanan negara sedia ada sentiasa terpelihara.

Beliau berkata pada sidang media selepas menghadiri program Iftar@Kuala Lumpur 2018 di Dataran Merdeka di sini, malam tadi.

Beliau diminta mengulas peletakan jawatan Datuk A Kadir Jasin sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan berkuat kuasa serta merta.

A Kadir dilaporkan berkata beliau membuat keputusan itu demi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat berkaitan peranannya dalam Majlis tersebut serta pandangan beliau dalam blog dan kolum mingguan di akhbar Sinar Harian.

Kira-kira 10,000 orang memeriahkan Program Iftar@KL itu yang dianjurka buat kali ketujuh oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 

((BERNAMA))