Thursday, February 27, 2020

updated 5:39 AM UTC, Feb 27, 2020

Halang imigresen jalankan tugas, saksi akan dipanggil

  • Published in Berita Semasa

BATU CAVE, 15 Feb - Polis akan menyiasat insiden penguatkuasa imigresen dikepung dan dihalau sekumpulan lelaki di kuil Batu Caves malam tadi.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima daripada mana-mana pihak.

Insiden dipercayai terjadi dalam operasi Pendatang Asing Tanpa Izin membabitkan premis pernigaan haram didalangi warga asing.

Berdasarkan video tular penguatkuasa imigresen yang menjalankan operasi dikepung dan dicemuh sekumpulan lelaki dan turut dihalang menjalankan tugas.

Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawei mengesahkan pihaknya akan melakukan siasatan dan risikan mengenai insiden terbabit.

Beberapa saksi akan turut dipanggil bagi membantu siasatan.

Tindakan tegas menerusi Op Cantas akan diambil sekiranya insiden ada membabitkan geng kongsi gelap.