Thursday, February 27, 2020

updated 5:39 AM UTC, Feb 27, 2020

Empat nelayan dilaporkan hilang ditemui selamat

  • Published in Berita Semasa

TERENGGANU, 15 Feb - Empat nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan pada tujuh Februari lalu ditemui selamat.

Mangsa Azwan Yusof, 36 tahun, Walik Hafizul Walek @ Raffa, 35, Hanafi Nasrizal Hamtha, 26 dan Mohd Faizan Musa, 29 tahun dijumpai kira-kira jam 5.15 petang pada Jumaat.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata kesemua mereka dikesan pada kedudukan 55 batu nautika dari Kuala Terengganu oleh kapal maritim KM Gemia.

Ketika ditemui kesemua mereka dari Kampung Losong, Kuala Terengganu itu ditemui dalam keadaan lemah dan keletihan selepas bot dinaiki mengalami masalah enjin.