Thursday, February 27, 2020

updated 5:55 AM UTC, Feb 27, 2020

1,898 program IOW telah dilaksana di 4,025 lokasi seluruh negara

  • Published in Berita Semasa

RANTAU PANJANG, 14 Feb - 1,898 program "Info on Wheels" (IOW) Kementerian Komunikasi dan Multimedia di 4,025 lokasi di seluruh negara dilaksana sejak pelancarannya pada 23 Januari lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, penyampaian maklumat berkaitan COVID-19, e-Tunai, MySalam, Peka B40 serta i-Suri telah disampaikan kepada rakyat selain memperbetul tanggapan yang salah berkaitan pelbagai isu.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Info on Wheels di Rantau Panjang, Kelantan.

Hadir sama Pengarah Penyiaran Kelantan, Sukri Mohamad serta Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Lim Ann Teck.

Sebanyak 177 program IOW telah dilaksana melibatkan 338 lokasi di Kelantan.

Dalam pada itu, beliau menggesa 33 stesen radio RTM terus berperanan menyampaikan dasar kerajaan dengan cepat dan terus kepada pendengar.