Wednesday, 12 August 2020

updated 9:09 AM UTC, Aug 12, 2020

Hasutan terhadap menteri di Facebook, dua laporan polis dibuat

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 14 Feb - Dua laporan polis dibuat Pengerusi Pertubuhan Gerakan Memartabat Pejuang Negara Malaysia, GMPN, Mejar Razali Zakaria bersama Pengerusi Skuad Prihatin Kepong, Datuk Mohd Noor Ali Akhbar berhubung muat naik berbentuk hasutan di Facebook.

Menurut mereka, muat naik berkenaan mengandungi fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

Kedua-dua muat naik tersebut dibuat dalam bulan ini, yang memfitnah kedua-dua menteri terbabit kononnya merompak wang dan menjual aset Tabung Haji.

Dan kononnya salah seorang lagi Menteri menyokong perniagaan burger khinzir secara terbuka.

Mereka membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.