Sunday, April 5, 2020

updated 1:38 PM UTC, Apr 5, 2020

Peniaga pasar malam didenda RM10 ribu, jual barangan tidak tulen

  • Published in Berita Semasa

SEREMBAN, 14 Feb - Mahkamah Sesyen Seremban mengenakan hukuman denda RM10 ribu atau 10 bulan penjara terhadap tiga penjual pasar malam yang mengaku bersalah menjual dan menawarkan barangan tidak tulen.

Tertuduh Azrial Mohd Syukur, 33 tahun, Abdul Hamid Ahmad, 35 tahun dan Mohamad Hafizam Suratman, 21 tahun mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 102(1)(B ) Akta Cap Dagang di hadapan Hakim, Diana Md Rosli.

Mengikut fakta kes, pada 11 Februari lalu kira-kira pukul 9.20 malam di Senawang sepasukan penguatkuasa Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan rondaan dan pemeriksaan.

Siasatan mendapati ketiga-tiga mereka menjual, menawarkan atau mendedahkan barang jualan yang mempunyai cap dagang dan barangan itu tidak tulen tuan punya berdaftar.