Wednesday, 12 August 2020

updated 9:03 AM UTC, Aug 12, 2020

Kes bunuh CEO Cradle Fund; Saksi maklum terima maklumat dari Youtube

  • Published in Berita Semasa

SHAH ALAM, 14 Feb - Saksi ke-19, kes bunuh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, Dr. Malek Reedzwan Hassan memberitahu mahkamah, beliau mendapat maklumat mengenai laporan polis berkaitan ugutan bunuh dibuat Nazrin daripada sumber You tube.

Saksi juga tidak pernah melihat laporan polis yang dibuat Nazrin.

Dalam hujahnya, Peguam utama pembelaan Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata, keterangan dengar kata yang diperoleh Dr. Malek dari youtube dan daripada kata-kata Anis, bekas pembantu peribadi Nazrin tidak boleh digunakan untuk kegunaan perbicaraan mahkamah.

Tan Sri Dr Shafee juga berkata, mayat Nazrin digali semula selepas 4 bulan kematian untuk mendapatkan laporan bedah siasat kali kedua atas permohonan Dr Malek yang tidak pernah melihat laporan bedah siasat pertama.

Balu Allahyarham Nazrin, Samirah Muzaffar dan dua penama yang lain mengaku tidak bersalah membunuh Nazrin di sebuah rumah di Petaling Jaya pada tahun 2018.

Mereka dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung Mei ini.