Sunday, 9 August 2020

updated 11:27 AM UTC, Aug 9, 2020

Rompakan pindah rumah, jiran prihatin jadi penyelamat

  • Published in Berita Semasa

ALOR SETAR, 14 Feb - Sikap prihatin jiran, berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada dirompak di Jalan Sultanah, Alor Setar, Kedah.

Dalam kejadian pukul, 7.40 malam Rabu lalu, saksi berasa curiga melihat sebuah lori di hadapan rumah jirannya yang kebetulan tiada di rumah ketika itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima laporan rompakan pindah rumah.

Susulan laporan tersebut, pihaknya berjaya menahan lapan lelaki termasuk suspek utama, seorang peniaga pisang goreng.

Suspek utama mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

Seorang rakan suspek ditahan awal pagi tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.