Thursday, February 27, 2020

updated 4:53 AM UTC, Feb 27, 2020

Peranan radio masih relevan

  • Published in Berita Semasa

SUNGAI PETANI, 14 Feb - Peranan radio di negara ini masih relevan dengan perkembangan teknologi selaras matlamatnya.

Bukan sekadar memberikan hiburan tetapi sebagai sumber penyampaian maklumat yang sahih dan berkesan.

Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kedah Mohd Firdaus Ahmad berkata, penyampaian maklumat yang sahih penting terutama membantu kerajaan dalam menangani pelbagai isu seperti wabak COVID-19 yang melanda.

Jelas beliau, hebahan semasa dengan maklumat yang sahih daripada radio seperti RTM mengenai wabak COVID-19, dapat membantu meningkatkan kesedaran rakyat.

Beliau berkata demikan selepas program sambutan Hari Radio Sedunia di Sekolah Kebangsaan Taman Ria Sungai Petani anjuran warga kerja radio Malaysia Kedahfm.