Wednesday, 12 August 2020

updated 9:09 AM UTC, Aug 12, 2020

Seorang wanita warga China kes positif ke-19 COVID-19

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 14 Feb - Seorang wanita warga China berusia 39 tahun, menjadi mangsa ke-19 positif Covid-19

Dia merupakan kawan kepada kes ke-14 dan anak kepada kes ke-16 yang kedua-duanya sedang menerima rawatan di wad isolasi Hospital Kuala Lumpur, HKL.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wanita itu bersama empat individu lain tiba di Malaysia dari Wuhan, China pada 25 Januari lalu.

Hasil pemantauan yang dijalankan ke atas pesakit mendapati wanita itu mula mengalami gejala demam dan batuk pada 12 Februari lalu.

Ujian pengesanan dan pengesahan COVID-19 yang dijalankan ke atasnya mendapati mangsa positif pada hari yang sama.

Mangsa dimasukkan ke wad isolasi di HKL dan berada dalam keadaan stabil .

19 kes direkodkan iaitu sembilan kes dalam kalangan Pesakit Bawah Pemantauan, lapan dalam kalangan kontak dan dua kes dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang melalui Misi Bantuan Kemanusiaan.

Daripada jumlah itu, 13 kes membabitkan warga China dan enam lagi membabitkan rakyat tempatan.

Bagi kontak rapat, 223 individu sudah dikenal pasti.

Usaha pengesanan kontak masih diteruskan.