Thursday, February 27, 2020

updated 5:55 AM UTC, Feb 27, 2020

KKM nafi kes kematian akibat COVID-19 di Pulau Pinang

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 13 Feb - Kementerian Kesihatan menafikan terdapat kes kematian disebabkan jangkitan COVID-19 di Pulau Pinang seperti yang didakwa dalam laporan akhbar China Press.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan sampel klinikal yang telah disaring Institut Penyelidikan Perubatan, IMR mendapati pesakit negatif daripada jangkitan COVID-19.

Pesakit tiada rekod keluar masuk ke negara China atau kontak rapat dengan pesakit COVID-19.