Thursday, February 27, 2020

updated 4:53 AM UTC, Feb 27, 2020

Polis Perlis lupus 35 tan daun ketum bernilai RM1.75 juta

  • Published in Berita Semasa

PADANG PERLIS, 13 Feb - 35 tan daun ketum bernilai RM1.75 juta yang dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis sepanjang operasi di negeri itu, dilupuskan.

Ia melibatkan 185 kes berkaitan penyalahgunaan daun ketum yang telah dibicarakan di mahkamah sejak 2017 hingga 2019.

Jumlah daun ketum yang dilupuskan itu merupakan 10% daripada jumlah sebenar dirampas JSJN Perlis di dalam operasi membanteras dadah termasuk kawasan sempadan.

Proses pelupusan daun ketum juga disaksikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail, pegawai kanan kontinjen negeri dan wakil Jabatan Alam Sekitar Perlis.