Wednesday, 12 August 2020

updated 7:18 AM UTC, Aug 12, 2020

Bekas KSU terkejut Rosmah berminat dengan projek solar

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 13  Feb - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Madinah Mohamad memberitahu mahkamah, tertuduh pernah memintanya agar melihat serta mempercepatkan projek Solar Hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Saksi pendakwaan ke-6 itu juga berkata beliau terkejut dan tertanya-tanya mengapa Datin Rosmah Mansor menunjukkan minat terhadap projek solar hibrid serta kaitan dan kepentingan isteri bekas perdana menteri itu dengan projek tersebut.

Dalam kenyataan saksinya, Tan Sri Madinah berkata perkara itu dimaklumkan Rosmah kepadanya selepas menghadiri Majlis PERMATA di Kompleks Seri Perdana pada Jun 2016.

Menurut Tan Sri Madinah, Projek Solar Hibrid satu-satunya projek kerajaan dimana Datin Seri Rosmah menunjukkan minat dan kepentingannya.

Selain beranggapan bahawa ketika itu Datin Seri Rosmah merupakan seorang individu berpengaruh kerana kedudukannya yang mempengaruhi tindakan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambahan pula Datuk Seri Najib telah mengeluarkan arahan untuk melaksanakan projek tersebut bagi menggantikan projek genset diesel.

Tan Sri Madinah turut mendedahkan, beliau didesak bekas pembantu Datin Seri Rosmah iaitu Datuk Rizal Mansor dan rakan perniagaan di JEPAK Holdings, Rayyan Radzwill Abdullah untuk menyegerakan urusan perolehan projek solar hibrid JEPAK.

Perbicaraan bersambung Isnin depan.