Thursday, April 27, 2017
vital-top
updated 12:59 PM UTC, Apr 27, 2017

Melaka Gateway Bukan Projek Jual Kedaulatan - PM

MELAKA - Pembangunan Melaka Gateway bukan sebuah projek untuk menjual kedaulatan atau menambah hutang negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Beliau berkata Malaysia tidak akan hilang kedaulatan dengan perlaksanaan Melaka Gateway kerana projek pelabuhan itu dibina di bumi Malaysia dan berada dalam tangan negara ini sendiri.  

Beliau berucap pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh di sini.

Melaka Gateway merupakan projek inisiatif swasta merangkumi pembangunan bercampur di atas empat pulau buatan yang diiktiraf sebagai projek nasional Bidang Ekonomi Utama Negara.

Antara cadangan pembangunan yang akan dilakukan di situ selain terminal penumpang kapal persiaran antarabangsa di Pulau Melaka East 1 adalah bandar komersial di Pulau Melaka East 2, terminal pukal cecair di Pulau Melaka East 3 dan terminal pelbagai guna termasuk kontena serta taman industri maritim di Pulau Melaka East 4. 

Datuk Seri Najib berkata projek berkenaan tidak akan melibatkan atau menambah hutang negara kerana ia melibatkan projek swasta dan diberikan kepada syarikat dalam negara, bukan syarikat luar.

((BERNAMA))