Logo

Program pengajian Pendidikan TVET akan terus diperkasa

PUTRAJAYA, 6 Feb - Penawaran program pengajian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional, TVET akan dikaji dan dijajarkan semula mengikut kehendak industri dan wilayah yang dikenal pasti dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Kementerian Pendidikan dan semua kementerian penyedia TVET akan memastikan Peta Strategi Pemerkasaan TVET dilaksana tahun ini.

Beliau yang juga pemangku Menteri Pendidikan berucap pada Majlis Amanat dan Aspirasi bersama warga Kementerian itu di Putrajaya.

Menyentuh mengenai Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) beliau berkata, KPM telah menyediakan lebih banyak pilihan untuk murid memilih mata pelajaran elektif di bawah pakej STEM selain sastera dan kemanusiaan bermula tahun ini.

Manakala, Pelantar Pembelajaran Digital akan dimantapkan sebagai pemangkin pengajaran dan pembelajaran digital dalam kalangan guru dan pelajar.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.