Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Pengumuman Mengenai Tol Dijangka Minggu Depan – Tan Seri Zeti

  • Published in Berita Semasa
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR - Majlis Penasihat Kerajaan berkemungkinan besar membuat pengumuman tentang bayaran tol seawal-awalnya minggu depan, kata Tan Sri Zeti Aktar Aziz.

Tan Sri Zeti yang juga seorang daripada lima anggota Majlis itu berkata mereka akan bermesyuarat sekali lagi dengan agensi berkaitan dan pihak berkepentingan minggu depan berhubung penstrukturan semula tol.

Bagaimanapun bekas Gabenor Bank Negara itu berkata beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai isu berkenaan hari ini sekalipun baru sahaja mengadakan mesyuarat dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad yang merupakan pemegang saham PLUS, syarikat konsesi tol terbesar di negara ini.

Beliau berkata semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, di sini. 

((BERNAMA))