Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Datuk Seri Anwar Ibrahim Bebas Hari Ini

  • Published in Berita Semasa

 

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Menurut kenyataan Istana Negara , Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bermesyuarat hari ini dan mempertimbangkan kes rayuan pengampunan penuh beliau.

Ketua umum PKR itu menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas disabitkan dengan kesalahan meliwat.

Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar , isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Istana Negara tengah hari ini.

Datuk Seri Anwar sebelum itu dibenarkan keluar wad Hospital Rehabilitasi Cheras, tempat beliau menjalani proses pemulihan selepas pembedahan, dan terus ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

((BERNAMA))