Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Agong Perkenan Pembebasan Datuk Seri Anwar

  • Published in Berita Semasa

 

 

KUALA LUMPUR -  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan memberi pengampunan penuh kepada Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diberikan kebebasan serta- merta.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata rayuan pengampunan penuh Anwar telah dibentang dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 hari ini.

Menurut kenyataan itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan pengampunan penuh diberikan dan pembebasan serta-merta kepada  Datuk Seri Anwar setelah dinasihatkan oleh lembaga pengampunan tersebut selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Seri Anwar , 71, menjalani hukuman 5 tahun penjara pada Februari 2015.

Ketua Umum PKR itu dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh dan sebelum ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun.

((BERNAMA))