Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Datuk Seri Anwar Ibrahim Tinggalkan Hospital Untuk Menghadap Agong

  • Published in Berita Semasa

 


KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat meninggalkan Hospital Rehabilitasi Cheras menuju ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 12 tengah hari ini.

Datuk Seri Anwar yang memakai pakaian kemeja dan blazer hitam menaiki kenderaan Jabatan Penjara Malaysia diiringi isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan perkarangan ini kira-kira pukul 11.33 pagi.

Selain itu, Datuk Seri Anwar sempat melambai dan senyum kepada penyokongnya serta pengamal media, namun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Datuk Seri Anwar dikawal ketat oleh beberapa pegawai dan anggota polis manakala perjalanan Anwar menuju ke Istana Negara diiringi lima buah dan dua buah motosikal pengiring daripada Jabatan Penjara Malaysia.

Datuk Seri Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara di Penjara Sungai Buloh sejak Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.

((BERNAMA))