Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Datuk Seri Anwar Ibrahim Menghadap Agong 12 tengah hari Ini .

  • Published in Berita Semasa

 

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pada pukul 12 tengah hari ini.
 
Demikian menurut  Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Datuk Seri Mohamed Azmin berkata beliau dan isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, akan mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian kepada pemberita di perkarangan Unit Kemasukan Wad hospital itu, di Kuala Lumpur.

Datuk Seri Mohamed Azmi berkata pada pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong nanti, Anwar dan Wan Azizah akan menyampaikan rasa menjunjung kasih atas perkenan Seri Paduka untuk memberi pengampunan kepada Anwar.

((BERNAMA))