Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Istiadat Pertabalan Undang Luak Jelebu ke-16 bermula esok

  • Published in Berita Semasa

N.SEMBILAN - Istiadat Pertabalan Undang Luak Jelebu ke-16, Datuk Maarof Mat Rashad akan berlangsung di Balai Undang Luak Jelebu, Kuala Klawang, selama lima hari bermula esok.

Istiadat dimulakan dengan istiadat memasang alat kebesaran dan disusuli bacaan yassin, tahlil dan doa serta ceramah oleh Datuk Badli Shah Alauddin pada sebelah malam.

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Drs. Shamsuddin Ahmad berharap, melalui penganjuran istiadat ini, cara dan amalan  berkenaan adat di Negeri Sembilan dapat terus diperkasa dan diamalkan.

Pelbagai acara berlangsung antaranya pertandingan masakan tradisional, pertandingan kecantikan dan kesenian ayam serama, karnival sukan rakyat, santapan diraja serta jamuan rakyat.

Kali terakhir istiadat pertabalan diadakan ialah pada tahun 1981 iaitu semasa Allahyarham Datuk Musa Abdul Wahab ditabalkan sebagai Undang Luak Jelebu ke - 15.

Datuk Maarof Mat Rashad, 66 tahun, menggantikan Allahyarham Datuk Musa yang meninggal dunia pada 11 September 2014.