Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

4,860 kakitangan awam ditahan kerana kesalahan rasuah sejak 2014 sehingga bulan Jun tahun ini

  • Published in Berita Semasa

SHAH ALAM - 4,860 kakitangan awam ditahan kerana kesalahan rasuah sejak 2014 sehingga bulan Jun tahun ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Latheefa Koya berkata, lebih membimbangkan 53.4 peratus ialah penjawat awam golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.

Katanya, melalui suatu kajian yang telah dilaksanakan oleh SPRM turut mendapati 22.1 peratus daripada responden penjawat awam berkata mereka sanggup menerima rasuah sekiranya mempunyai kuasa atau kedudukan dalam jawatan.

Manakala, 46.3 peratus pula membabitkan kakitangan dalam sektor perolehan

Beliau berucap pada Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bersama Kerajaan Negeri Selangor.

((RTM/GRACE AISYAH))