Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Klinik Kesihatan Simpang di Taiping

  • Published in Berita Semasa

TAIPING - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Klinik Kesihatan Simpang di Taiping.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat pada majlis berkenaan, Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah, Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain
Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Klinik Kesihatan Simpang yang mula dibina pada 2012 telah beroperasi sepenuhnya pada 27 April 2015.

Dengan keluasan 60.7 hektar, kos keseluruhan pembinaan klinik tersebut berjumlah kira-kira RM15 juta.

Klinik Kesihatan Simpang menyediakan perkhidmatan kesihatan komprehensif dan holistik dengan pendekatan 'pusat sehenti' kepada masyarakat.