Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

MAQIS pantau kemasukan barang import di pintu masuk negara

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah diarah untuk memantau barangan import di pintu masuk negara.

Demikian dinyatakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menurut beliau, ia sebagai langkah siap siaga dalam mengekang penularan virus tersebut.

Setakat ini, tiada sebarang import membabitkan produk dari Bandar Wuhan, China dibawa masuk ke negara ini.