Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

KPDNHEP jamin bekalan penutup hidung dan mulut mencukupi

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memastikan bekalan terhadap penutup hidung dan mulut mencukupi terutama berdepan wabak berjangkit Coronavirus ketika ini berikutan permintaannya yang tinggi.

Menurut menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution, pihaknya berhubung rapat dengan pengeluar tempatan selain mengimport bekalan dari Eropah dan China.

Datuk Seri Saifuddin menjelaskannya dalam sidang media sempena Perhimpunan Bulanan KPDNHEP di Putrajaya.

Pihaknya turut memberi jaminan tiada peningkatan harga jualan penutup hidung dan mulut, berikutan ia merupakan barangan kawalan di bawah kementeriannya.