Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Istiadat Pertabalan Undang Luak Jelebu ke-16, Datuk Maarof Mat Rashad akan berlangsung di Balai Undang Luak Jelebu, Kuala Klawang, Jelebu, selama lima hari

  • Published in Berita Semasa

JELEBU - Istiadat Pertabalan Undang Luak Jelebu ke-16, Datuk Maarof Mat Rashad akan berlangsung di Balai Undang Luak Jelebu, Kuala Klawang, Jelebu, selama lima hari mulai 20 hingga 25 Ogos ini.

Istiadat dimulakan dengan istiadat memasang alat kebesaran dan disusuli bacaan yassin, tahlil dan doa.

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Drs. Shamsuddin Ahmad berharap, melalui penganjuran istiadat ini, cara dan amalan  berkenaan adat di Negeri Sembilan dapat terus diperkasa dan diamalkan.

Pelbagai acara akan diadakan sempena istiadat pertabalan iaitu persembahan kebudayaan serta karnival sukan rakyat.

Kali terakhir istiadat pertabalan diadakan ialah pada 1981 semasa Allahyarham Datuk Musa Abdul Wahab ditabalkan sebagai Undang Luak Jelebu ke - 15.