Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

YDP Agong berkenan menerima anugerah Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B) yang dikurniakan oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah

  • Published in Berita Semasa

 

BRUNEI - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima anugerah Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B) iaitu bintang kebesaran tertinggi di negara itu yang dikurniakan oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung pada Majlis Menghadap Sultan Brunei di Bilik Laila Kenchana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

Sultan Hassanal turut berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K). kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam istiadat itu juga, Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan anugerah Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) kepada isteri Sultan Brunei, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima anugerah Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B) yang dikurniakan oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah