Tuesday, July 7, 2020

updated 2:32 PM UTC, Jul 7, 2020

Tekong dan awak-awak ditahan langgar syarat sah lesen tangkap ikan

  • Published in Berita Semasa

LANGKAWI - Sebuah bot nelayan tempatan di Kedah yang melanggar syarat sah lesen ditahan Maritim Malaysia, Ahad lalu.

Bot ditahan di kedudukan 9.8 batu nautika barat Pulau Langkawi bersama hasil tangkapan lebih kurang 200 kilogram ikan campur.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Zulinda Ramly, seorang tekong dan 3 awak-awak warga Thailand berada di atas bot berkenaan.

Mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) menarik pukat kurang dari 15 batu nautika dari pantai.