Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

Sindiket seludup pendatang asing Myanmar tumpas, 17 pendatang asing tanpa izin ditangkap

  • Published in Nasional

PADANG BESAR, 28 Jan - Taktik penyeludupan pendatang warga Myanmar rentas sempadan yang aktif menggunakan laluan keretapi di Padang Besar berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia Perlis.

Dalam tiga operasi berasingan bersama Agensi Kawalan Sempadan Padang Besar itu, 17 Pendatang Asing Tanpa Izin, ditangkap.

Menurut Pengarah Imigresen Perlis, Basri Othman, dalam operasi pada 23 Januari lalu, Pendatang Asing Tanpa Izin yang ditahan terdiri daripada 16 lelaki dan seorang wanita berusia diantara 20 hingga 48 tahun.

Ketika ditahan, kesemua mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri serta pas perjalanan yang sah.

Siasatan awal mendapati, kemasukan dan keluar Pendatang Asing Tanpa Izin tersebut telah diatur oleh rangkaian sindiket.

Mereka menjadikan Stesen Keretapi Padang Besar sebagai transit menggunakan laluan tikus dengan dikenakan bayaran antara 2 ribu hingga 2 ribu 500 ringgit seorang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).