Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

Negeri ditadbir pembangkang terima bantuan sama rata

  • Published in Berita Semasa

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Persekutuan tidak akan meminggirkan sebarang bentuk bantuan di negeri yang dipimpin parti pembangkang.

Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Romli Ishak berkata, bantuan sama rata akan disalurkan ke negeri-negeri berkenaan seperti yang diperoleh negeri ditadbir Pakatan Harapan.

Menurut beliau, bantuan tersebut termasuklah kemudahan awam serta infrastruktur yang tidak dibaiki dan diberi perhatian.

Beliau bercakap kepada media selepas majlis taklimat khas di Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Menurutnya lagi, pemimpin parti di negeri itu nenjadi mata dan telinga untuk kerajaan pakatan harapan di negeri pembangkang.

Mereka juga memainkan peranan untuk memanjangkan perkara itu ke peringkat pusat.